Friday, May 18, 2018

Juadah Sahur (Oatmeal)

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan dari aku, seperti biasa aku ni jenis tenggelam timbul. Sempena Ramadhan aku timbul balik. heheheh.

Okeh, puasa sudah sampai jadi mesti ramai yang share juadah-juadah berbuka dan bersahur. Jadi aku juga nak kongsikan juadah bersahur yang paling simple sekali dan boleh buat kome semua tahan lapar sedikit. :)

Oatmeal

Oatmeal ataupun orang panggil Quaker Oat (padahal ini jenama :P ). Mesti korang pernah tengok video pasal oatmeal ni kan? Dia dipenuhi fiber jadi buatkan perut kita tahan lapar sebab fiber lambat hadam.



Aku tak perlu tulis panjang untuk resipi rasanya sebab benda alah ni simple je nak buat kan.

Jenis yang masak ada, jenis yang tuang air panas (segera) pun ada.

Jom tengok apa kita boleh letak dalam oatmeal!

1) Sediakan oatmeal (aku pakai yang segera) dalam 10-15 sudu. Tuang air panas hingga sebati sikit.

2) Tambah susu kurang lemak (yg dalam kotak tu) jika anda suka. Kalau tidak, tanpa susu pun ok. Susu coklat juga oleh diterima pakai.

3) Ha, sekarang boleh masukkan apa saja ikut suka. Aku suka letak kismis, kurma (buang biji dan dipotong kecil) dan pisang (potong kecil).

4) Kalau kaya sikit boleh letak segala macam berries (strawberry, blueberry, raspberry)

5) Kalau nak manis tapi plain boleh letak madu.

6) Kalau nak ada rangup sikit boleh campur segala macam kacang (badam, hazel, gajus, kacang tanah pun ok juge)

7)Banyak sangat kalau ni. Senang cerita engkau semua boleh try & error nak letak apa dalam Oatmeal korang. Yang aku cadangkan adalah semua dia atas ni.



Insha Allah, dengan amalkan oatmeal boleh alaskan perut sepanjang masa berpuasa. Ok, itu saja dari aku kali ini.

Nanti aku share lagi juadah berbuka dan bersahur untuk korang. Apa2 pun selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga kita semua mendapat berkah Ramadhan Insha Allah. :)