Tuesday, April 7, 2015

Stew Daging......lagi.


Assalamualaikum......okeh aku tau aku dah post resipi stew dah sebelum ni. Tapi ini je yang mampu aku masak.....setakat nih.

Disebabkan aku ni jenis cepat bosan makan benda yang sama. So, aku pun tukar2 sikit bahan2 die.

Inilah dia.....STEW DAGING!





Bahan2

-Daging (Cam biase beli yang dalam paket kat Giant. Ini je pasaraya yang dekat ngan rumah aku :P)
-1 biji bawang besar potong dadu.

-1 sudu tepung gandum

- 1/2 Bawang besar dihiris

-Sayur Bok Choy (Aku potong sesedap rasa je)

-1 1/2 cawan air.

- Garam (gula tak payah pun tak apa, Ikutlah tekak korang)

-Minyak

-Kentang dan Lobak Merah potong dadu atau saiz beso sikit.

- 1 Telur

-Serbuk/Sos lada hitam


Cara masak

- Okay, bahan pertama mestilah minyak untuk tumis. Sesudu je.

-Campakkan bawang besar dan biar sampai naik baunya

-Lepas itu, masukkan pula sesudu tepung gandum. Kalau nak kuah lebih pekat masukkan sesudu setengah pun ok. Kacau sampai tepung masak.

-Masukkan daging, masak sekejap.

-Lepas tu masukkan air 1 1/2 air tadi.

-Masukkan sekali kentang dan lobak tadi. Bok choy boleh dimasuk sekali atau dimasuk lewat sikit. Sebab sayur tak payah masak lama pun tak apa kan.

-Campak sikit garam dan gula (kalau nak). Dan masukkan lada hitam secukup rasa. Aku kalau masukkan garam ke, gula ke. Aku rasa2 sikit nak tau cukup ke tak. Kalo lebih garam tambah air. Kalau tawar tunggu air 'reduce'. Kalau masih tawar baru tambah garam. :)

-Kecilkan sikit api, tutup dan tunggu sampai kuah dia memekat atau hampir tinggal separuh.

- Akhir sekali, tutup api, lepas tu pecahkan telur. Tutup balik, dan biar sekejap sampai telur separuh masak.

VOILA!!! Makan dengan nasi, makan macam tu je, atau makan dengan roti. Boleh saja. SEDAP!



Bukan nak masuk bakul, angkat sendiri. Tapi kalau aku tak angkat sape lagi? Ye tak? :P


-Tips sikit, kalau macam aku suka kuah pekat. Jadi aku masak lama sikit dengan api kecil. Kalau tak nak isi2 stew tu terlalu lembut sebab masak lama sangat. Angkat isi2 dia dulu letak dalam mangkuk. Lepas kuah dah pekat, tuang je atas isi stew tu. :D

No comments:

Post a Comment