Tuesday, March 24, 2015

Cubaan Memasak! (Stew Ayam)

Assalamualaikum..................................................................................
Hai, seperti yang aku janji pada diri aku sendiri, ini dia blog untuk aku meletakkan hasil-hasil cubaan atau 'try error' aktiviti. Blog ini akan ditulis sepenuhnya bahasa Malaysia sebab blog 'The Writer's Mind' dah ditulis bahasa Inggeris kan. :p

Kena juga berlatih menulis dalam Bahasa Malaysia, sebab semester ini aku ada subjek CTU yang memerlukan kami menulis esei. :D

Baiklah, mari mulakan.

Secara tiba-tiba, dalam sebulan 2-3 minggu lepas aku rasa macam nak memasak dan kurangkan makan makanan luar. Sebab? Nak tambah sikit khasiat dalam hidangan seharianlah. Yalah, kalau kita masak sendiri mestilah kita tahu apa yang kita letak dalam masakan kita ya tak? Kalau makan diluar dah sah-sah kebanyakan mereka meletakkan Ajinamoto dalam masakan. Tak semua......cuma kebanyakan saja.

Nak dijadikan cerita, aku kurangkan, garam,gula, dan penggunaan minyak dalam makanan aku. Dari masak telur goreng, aku masak telur rebus. Dari menggoreng ayam/daging, aku masak stew,gulai atau apa-apa saja masakan yang tak perlukan banyak minyak.

Yang telur rebus tu, Alhamdulillah, dari aku start 2-3 minggu lepas, tak ada lagi aku makan telur goreng dah. InshaAllah akan berterusan.

So sini aku nak sharekan sikit resipi masakan yang aku dah penah try setakat ni. Aku google 'masakan mudah dan sedap' rasanya, lepas tu muncul la satu blog yang ada resipi ni. Memang simple. so aku pun try. Ini link dia

http://duniacikguwan.blogspot.com/

Disebabkan inilah satu-satunya benda yang buat untuk 'try and error' setakat ni, jadi lepas ni post2 seterusnya aku akan bercerita pasal beberapa resipi yang aku aku dah try. kalau aku letak sekaligus semua resipi nanti tak ada modal nak tulis nanti. :p

Okeh. Masakan pertama yang aku try. -Stew Ayam-



Cikgu Wan bagi resipi untuk satu keluarga makan. Disebabkan aku makan seorang, aku dengan tak segannya tukar-tukar sikit bahan2 dan sukatan. Orang bujanglah katakan :D

Bahan2

-Dada ayam (Aku beli kat giant yang dah siap wrap tuh. Murah!)

-1 biji bawang besar potong dadu.

-1 sudu tepung gandum

-Sayur Bok Choy (Aku potong sesedap rasa je)

-1 1/2 cawan air.

- Garam (gula tak payah pun tak apa, Ikutlah tekak korang)

-Minyak

-Kentang dan Lobak Merah potong dadu atau saiz beso sikit.


Cara masak

- Mula2 panaskan periuk dengan sesudu minyak dah cukup.

-Masukkan bawang besar dan biar sampai naik baunya

-Letakkan sesudu tepung gandum tadi dan mesti kacau sentiasa supaya tepung masak dan tak melekat.

-Masukkan ayam, jangan lama sangat sebab nanti nak biar dia masak lama sikit.

-Lepas tu masukkan air.

-Masukkan sekali kentang dan lobak tadi. Bok choy boleh dimasuk sekali atau dimasuk lewat sikit. Sebab sayur tak payah masak lama pun tak apa kan.

-Campak sikit garam dan gula(kalau nak)

-Kecilkan sikit api dan tunggu sampai kuah dia memekat atau hampir tinggal separuh.

-Tips sikit, kalau macam aku suka kuah pekat. Jadi aku masak lama sikit dengan api kecil. Kalau tak nak isi2 stew tu terlalu lembut sebab masak lama sangat. Angkat isi2 dia dulu letak dalam mangkuk. Lepas kuah dah pekat, tuang je atas isi stew tu. :D

Dah siap!!! Boleh makan dengan nasi. SEDAP!

Owh satu lagi, yang bende2 cekelat korang nampak atas dia tuh bawang goreng dari magi goreng sebenarnya. Aku jumpa kat dapur (member punya). Aku pun campak sekali bagi ada rasa rangup skit.

Resipi ni aku improvise sikit. Yalah aku campak je bahan2 apa yang ada. Asalkan boleh dimakan. Nama pun stew kan. Maksud aku sayur2 tu bolehlah kalau korang nak tukar dengan sayur apa2. Jangan dicampak bahan yang mengarut sudah.


Kepada orang2 bujang diluar sana. Jom try resipi yang mudah dan sedap nih! Boleh jimat duit, jaga diet dan boleh juga belajar masak. Boleh juga rasa bangga sikit bila beritahu orang kita boleh masak. :P


No comments:

Post a Comment