Assalamualaikum dan Salam Ramadhan dari aku, seperti biasa aku ni jenis tenggelam timbul. Sempena Ramadhan aku timbul balik. heheheh.
Okeh, puasa sudah sampai jadi mesti ramai yang share juadah-juadah berbuka dan bersahur. Jadi aku juga nak kongsikan juadah bersahur yang paling simple sekali dan boleh buat kome semua tahan lapar sedikit. :)
Oatmeal
Oatmeal ataupun orang panggil Quaker Oat (padahal ini jenama :P ). Mesti korang pernah tengok video pasal oatmeal ni kan? Dia dipenuhi fiber jadi buatkan perut kita tahan lapar sebab fiber lambat hadam.
Aku tak perlu tulis panjang untuk resipi rasanya sebab benda alah ni simple je nak buat kan.
Jenis yang masak ada, jenis yang tuang air panas (segera) pun ada.
Jom tengok apa kita boleh letak dalam oatmeal!
1) Sediakan oatmeal (aku pakai yang segera) dalam 10-15 sudu. Tuang air panas hingga sebati sikit.
2) Tambah susu kurang lemak (yg dalam kotak tu) jika anda suka. Kalau tidak, tanpa susu pun ok. Susu coklat juga oleh diterima pakai.
3) Ha, sekarang boleh masukkan apa saja ikut suka. Aku suka letak kismis, kurma (buang biji dan dipotong kecil) dan pisang (potong kecil).
4) Kalau kaya sikit boleh letak segala macam berries (strawberry, blueberry, raspberry)
5) Kalau nak manis tapi plain boleh letak madu.
6) Kalau nak ada rangup sikit boleh campur segala macam kacang (badam, hazel, gajus, kacang tanah pun ok juge)
7)Banyak sangat kalau ni. Senang cerita engkau semua boleh try & error nak letak apa dalam Oatmeal korang. Yang aku cadangkan adalah semua dia atas ni.
Insha Allah, dengan amalkan oatmeal boleh alaskan perut sepanjang masa berpuasa. Ok, itu saja dari aku kali ini.
Nanti aku share lagi juadah berbuka dan bersahur untuk korang. Apa2 pun selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga kita semua mendapat berkah Ramadhan Insha Allah. :)
Friday, May 18, 2018
Sunday, March 18, 2018
Ayam Sos Tiram & Cendawan Celup Tepung
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Maaf sebab aku tenggelam timbul. hahahah. Dah setahun tak menulis kat ruangan ini. Bukan sebab aku tak masak, tapi dah masuk alam bekerja, masak ada masa, nak menulis tu yang tak ada masa. Okeh.
Aku masih lagi akan cuba kurangkan gula dan garam dalam masakan. Masih mencuba (walaupun makin berisi bila dah bekerja :P). Okeh, tok sah cakap panjang. bahan-bahannya adalah.......................
Bahan-Bahan
- Ayam (Aku beli bahagian dada tanpa tulang, tapi ada lebihan dalam peti ais...campor saja!)
- Minyak
- Cili padi (3-5 tangkai potong ikut suka. Kalau suka pedas tambah lagi)
- Sos Tiram (2 Sudu)
- Gula(satu sudu cukup, kalau ayam banyak baru 2 sudu)
- Bawang Putih (Cincang atau tumbuk)
- Halia (Cincang atau tumbuk)
- Cendawan
- Telur (1 biji)
- Tepung goreng ayam
Okeh, berapa banyak ayam atau cendawan mahu guna ikut suka hampalah. Hampa yang nak makan kan. Ini masakan segera khas untuk budak-budak bujang di luar sana. Masak tak perlu masa yang lama sangat pun.
Cara Masakan
1) Ayam & Sos
- Basuh bersih dan potong ayam ikut cita rasa. Yang bertulang biar je gitu. Kalau beli seekor ayam kat pasar, cakap nak potong 8 ke 10 ke. Boleh saja. Kalau bahagian dada, aku potong dadu saiz besar sikit.
-Lepas tu, sediakan bahan perap. 2 sudu sos tiram, bawang putih, halia, gula. Kalau rasa pekat sangat tambah lagi sesudu sos tiram dan tambah air. Gaul semua dalam mangkuk.
- Masukkan ayam dalam bahan perap dan tutup dengan apa saja yang ada kat dapur tu. Lepas tu letak dalam peti ais untuk 30 minit. Sambil-sambil tu, bolehlah korang goreng cendawan dulu.
- Lepas 30 minit, nak tunggu apa lagi, panaskan minyak dalam kuali (kalau ada guna pan; kuali leper tu) dan masukkan ayam. Mangkuk bahan perap tadi jangan korang rajin basuh pulak, baki sos dalam tu boleh boleh buat sos pedas nanti.
- Dan jangan mengada nak golek-golekkan ayam tu, nanti melekat. Biar api yang sedang-sedang saja lepas tu tutup kuali dengan tudung periuk pun ok, biar masak dalam 3 minit.
- Haa, lepas tu baru boleh terbalikkan ayam, kecilkan sikit lagi api dan masak dalam 1-2 minit lagi. Okai, ayam sos tiram dah siap. Simpan tepi jap.
- Sekarang buat sos pedas. Letak air sikit dalam mangkuk perap tadi dan tuang dalam kuali buat masak ayam tadi. Masukkan cili padi tadi. Didihkan dalam 1-2 minit je.
- Lagi satu kalau ade lebih daun bawang tu, cincang sikit tabur atas ayam tadi. Bagi nampak umph! sikit. XD
Dah siap! Cendawan celup tepung pulak. Tapi yang ini mudah sangat sampai rasa tak layak untuk ditulis. Tapi bedal ajelah kan.
1) Cendawan Celup Tepung
- Basuh cendawan dengan air mengalir, jangan direndam, nanti die serap banyak sangat air. Kita nak goreng penuh dengan minyak banyak satgi.
- Pecahkan telur sebiji. Sediakan tepung segera tadi sekali, original ke spicy ke kisah ape kan? Pakai saja. Jadi kiranya korang ada 3 mangkuk. Cendawan, telur dan tepung.
- Jangan terus letak cendawan dalam telur sebab yang sama, dia kan serap banyak sangat nanti, jadi lembik.
- Panaskan minyak untuk deep fry orang kata. So minyak banyak sikit. Celup cendawan dengan telur dulu, lepas tu tepung dan terus goreng dalam kuali (ha, yang ni guna kuali melengkung tu). Korang kena masukkan cendawan cepat-cepat.
- Jangan biar cendawan mula-mula tadi sorang-sorang dalam kuali lama sangat nanti kesian dia hangus.
- Goreng dalam 2-3 minit dah cukup. Tos minyak dan hidang.
Maaf, tak cantik sangat gambarnye. Aku masak nak makan bukan nak buat perhiasan rumah. Ye tak? :P
Voila! Sudah siap, Ayam Sos Tiram & Cendawan Celup Tepung. XD . Oh terlupa, yang cendawan tu kawan aku yang masakkan, jadi kira aku tak ada lagi masak masakan bergoreng (>_<). Tapi makan tu ada la (-_-). Orang-orang bujang diluar sana bolehlah cuba-cuba masak ye. Orang baru kahwin pun boleh cuba jugak, bagi isteri rasa "wow suami aku pandai masak!" sikit. Chiow!
Subscribe to:
Posts (Atom)