Dah lama aku tak tulis resipi yang aku dah cuba, jadi sempena tahun yang baru ni, aku akan cuba hidupkan semula blog resipi ni.
Ini salah satu resipi yang aku sudah cuba, burger buatan sendiri. Resipi Gordon Ramsay(siapa yang tengok MasterChef US and Hell's Kitchen kenal sapa dia)
Bahan-Bahan
- Daging Kisar
- Mustard
- Serbuk Lada Hitam
- Sos Tomato
- Sos Tiram
- Garam
- Cheese(Tak nak pun boleh)
- Bawang Besar
- Kuning Telur
Jom Masak
- Mula-mula, cincang bawang besar sehalus yang boleh. Sebab nanti dia akan dibancuh dengan daging kisar sekali. Jadi korang tak nak dia berketul-ketul.
-Lepas tu, campur je semua bahan-bahan yang ada di dalam satu mangkuk. gaul rata.
-Masa campur bahan-bahan korang kena berhati-hati, jangan ada campur terlalu banyak bahan cair seperti sos dan mustard.
-Masa aku buat, bolehlah letak dalam sesudu setiap satu sos untuk satu plastik daging cincang(yang dibungkus bentuk silinder tu)
-Ha, sekarang bolehlah bentukkan burger ikut suka korang. Kalo rasa tamak, buat tebal sikit. :P
-Korang boleh terus bakar kalau nak. Kalau tak nak, boleh simpan dalam peti ais dulu supaya bentuk burger tu lebih....padat.
-Masa bakar nanti, kalau nak cheese letak atas sekeping. Kalau aku, bakar dalam 2 minit setengah ke 3 minit untuk setiap belah burger tu. :)
-Satu petua, kalau burger tu tebal, tekan sikit tengah-tengah dia dengan ibu jari sebelum dibakar, supaya dia tak menaik masa korang bakar nanti.
Itu saja! Mudahkan?! Apa lagi orang bujang, mari cuba jaya. :)
Ingat! Penggunaan garam dan bahan-bahan terkandung gula macam sos-sos tu silalah kawal ye.
(>_<)