Tuesday, April 7, 2015

Stew Daging......lagi.


Assalamualaikum......okeh aku tau aku dah post resipi stew dah sebelum ni. Tapi ini je yang mampu aku masak.....setakat nih.

Disebabkan aku ni jenis cepat bosan makan benda yang sama. So, aku pun tukar2 sikit bahan2 die.

Inilah dia.....STEW DAGING!





Bahan2

-Daging (Cam biase beli yang dalam paket kat Giant. Ini je pasaraya yang dekat ngan rumah aku :P)
-1 biji bawang besar potong dadu.

-1 sudu tepung gandum

- 1/2 Bawang besar dihiris

-Sayur Bok Choy (Aku potong sesedap rasa je)

-1 1/2 cawan air.

- Garam (gula tak payah pun tak apa, Ikutlah tekak korang)

-Minyak

-Kentang dan Lobak Merah potong dadu atau saiz beso sikit.

- 1 Telur

-Serbuk/Sos lada hitam


Cara masak

- Okay, bahan pertama mestilah minyak untuk tumis. Sesudu je.

-Campakkan bawang besar dan biar sampai naik baunya

-Lepas itu, masukkan pula sesudu tepung gandum. Kalau nak kuah lebih pekat masukkan sesudu setengah pun ok. Kacau sampai tepung masak.

-Masukkan daging, masak sekejap.

-Lepas tu masukkan air 1 1/2 air tadi.

-Masukkan sekali kentang dan lobak tadi. Bok choy boleh dimasuk sekali atau dimasuk lewat sikit. Sebab sayur tak payah masak lama pun tak apa kan.

-Campak sikit garam dan gula (kalau nak). Dan masukkan lada hitam secukup rasa. Aku kalau masukkan garam ke, gula ke. Aku rasa2 sikit nak tau cukup ke tak. Kalo lebih garam tambah air. Kalau tawar tunggu air 'reduce'. Kalau masih tawar baru tambah garam. :)

-Kecilkan sikit api, tutup dan tunggu sampai kuah dia memekat atau hampir tinggal separuh.

- Akhir sekali, tutup api, lepas tu pecahkan telur. Tutup balik, dan biar sekejap sampai telur separuh masak.

VOILA!!! Makan dengan nasi, makan macam tu je, atau makan dengan roti. Boleh saja. SEDAP!



Bukan nak masuk bakul, angkat sendiri. Tapi kalau aku tak angkat sape lagi? Ye tak? :P


-Tips sikit, kalau macam aku suka kuah pekat. Jadi aku masak lama sikit dengan api kecil. Kalau tak nak isi2 stew tu terlalu lembut sebab masak lama sangat. Angkat isi2 dia dulu letak dalam mangkuk. Lepas kuah dah pekat, tuang je atas isi stew tu. :D

Monday, March 30, 2015

Resipi Seterusnya : Brokoli & Cendawan

Assalamualaikum...........................................................................................................................
Hoi. Ape khabar sume. Okeh, tak ada prolog atau intro lagi. Terus ke resipi.
Oh dan jangan lupa singgah ke blog aku yang satu lagi ya. Cerita pendek yang aku tulis. Satu lagi akan dipos minggu ni. Insha Allah........................... :)



BAHAN2
- 2 ulas Bawang putih(cincang)
- 1/2 bawang besar(hiris)
-Brokoli (Ikutlah korang suka berapa banyak)
-Cendawan (Ikut kata hati korang gak. Tapi aku letak banyak sebab aku suka cendawan. Satu lagi aku guna 'white oyster'. Korang boleh guna shitake, kalo kaya ;P )
-Garam
-Gula (cam biase xyah pun xpe)
-sesudu kecil minyak
-Serbuk lada hitam/sos lada hitam
-Sedikit air (tak payah banyak sgt, dalam 2 tapak tangan dah cukup. Ye! aku guna tangan untuk sukat)

CARA MASAK
- Rebus brokoli dan rendam cendawan dalam air. Toskan kedua2nya dan letak tepi.
- Panaskan minyak
-Tumis bawang putih dan bawang besar.
-Dah naik bau, masukkan brokoli dan cendawan.
-Letak serbuk lada hitam/sos lada hitam ikut rasa hati.
-Kalau korang guna serbuk, air tu letak lebih sikit. Kalau sos air biar kurang sikit.
-Masak sekejap sampai cendawan masak.
-Gula tu kalau nak letak, letaklah secubit dua.


OKAI! Dah Siap!!!

Aku masak, makan dengan nasi dengan stew ayam. SEDAP!
Aku rasa korang pun tau brokoli dan cendawan banyak khasiat. So, cuba2lah bagi orang2 bujang dan pelajar2 di luar sana. Tak lama pun masak. 3-4 minit dah siap!

Aku tak ambil gambar masakan ni. So aku letak gambar brokoli dan cendawan yang aku jumpa kat internet sajalah ye. Lagi satu aku jumpa resipi ni dari internet jugak, blog masakan rasanya. Aku salin tapi lupa nak ambil link.

OKlah. SELAMAT MENCUBA...................................

Saturday, March 28, 2015

Resipi ke-2 : Daging dan Kuah Tomato

 Assalamualaikum dan hai......................................................................................... :D
Okai. Macam yang aku cakap, dua tiga post terawal aku ni akan berkisar pasal resipi-resipi yang aku dah try.

Resipi ni adalah resipi yang aku bantai masak dari lebihan bahan2 dari resipi stew daging yang aku dapat dari internet. So, jom tengok!

BAHAN2

- Sepotong daging. (Aku beli kat Giant gak, Australian beef katenye. Murah je. Rm5 lebih boleh masak dua kali)

-Serbuk lada hitam / sos lada hitam

-Kentang (hiris nipis untuk cepat masak)

- Setengah biji bawang besar (Hiris ikut suka hati)

-2 ulas bawang putih(cincang)

-Cendawan (Apa2 jenis pun boleh. Kalau nak, sayur lain pun boleh pakai)

-Lobak merah (hiris nipis)

- 2 sudu besar Tomato puree dalam tin (Aku beli yang paling murah sekali, pun boleh guna 2-3 kali)

- 3 biji Cili padi (bagi yang suka pedas)

- Garam & Gula (Tak letak pun tak apa)

-Suku gelas air

- 1 1/2 sudu Minyak

Cara Masak

DAGING 

-Mula2 marinate(cewah :p ) daging dengan lada hitam. Boleh terus masak atau kalau korang nak simpan dulu dalam peti ais pun boleh. Kalau2 student tu, marinate pagi. Lepas kelas boleh masak.

- Panaskan kuali/pan dengan 1/2 sudu minyak. Bila minyak dah panas, kecilkan sikit api tu.

-Masukkan daging tadi. Kalau suka setengah masak, masak dalam 2- 2 setengah  minit untuk setiap belah daging. Kalau nak masak lebih sikit, 3- 3 setengah minit. (Daging gerenti lembut!)

-Lepas daging dah masak, biarkan dalam bekas bertutup.

KUAH

- Panaskan sesudu minyak, guna kuali/pan yang sama pun boleh.

-Masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Masak sekejap sampai naik bau.

-Masukkan kentang. Goreng dalam 3 minit. (Jaga jangan sampai hangus)

-Masukkan tomato puree tadi.

-Masukkan lobak dan cendawan. Pastu letak air.

-Campak garam dan gula(tak letak pun OK). Ikut sesedap rasa korang. Rasa2 sikit bila letak garam tu. Kalau masin tambah air lagi.

-Pastu masukkan cili padi bagi yang minat pedas.

-Kecilkan api. Tutuplah pakai apa2 penutup periuk dan didihkan.

-Bila korang rasa kentang dah ok dan empuk, angkat dan hidang!

DAH SIAP!!! :D

Aku mula2 nak makan daging dan kuah saja, ala2 western. Tapi masih lagi ada ciri2 orang Malaysia sikit dalam darah aku nih. Jadi aku masak nasi sikit. Sikit je bagi cukup syarat.

Aku makan rasa SEDAP! Membe aku yang cuit2 sikit pun kata SEDAP. So, trylah wahai orang2 bujang dan student2 diluar sana.

INGAT! Kawal penggunaan minyak, garam dan gula.

Chiow!



Tuesday, March 24, 2015

Cubaan Memasak! (Stew Ayam)

Assalamualaikum..................................................................................
Hai, seperti yang aku janji pada diri aku sendiri, ini dia blog untuk aku meletakkan hasil-hasil cubaan atau 'try error' aktiviti. Blog ini akan ditulis sepenuhnya bahasa Malaysia sebab blog 'The Writer's Mind' dah ditulis bahasa Inggeris kan. :p

Kena juga berlatih menulis dalam Bahasa Malaysia, sebab semester ini aku ada subjek CTU yang memerlukan kami menulis esei. :D

Baiklah, mari mulakan.

Secara tiba-tiba, dalam sebulan 2-3 minggu lepas aku rasa macam nak memasak dan kurangkan makan makanan luar. Sebab? Nak tambah sikit khasiat dalam hidangan seharianlah. Yalah, kalau kita masak sendiri mestilah kita tahu apa yang kita letak dalam masakan kita ya tak? Kalau makan diluar dah sah-sah kebanyakan mereka meletakkan Ajinamoto dalam masakan. Tak semua......cuma kebanyakan saja.

Nak dijadikan cerita, aku kurangkan, garam,gula, dan penggunaan minyak dalam makanan aku. Dari masak telur goreng, aku masak telur rebus. Dari menggoreng ayam/daging, aku masak stew,gulai atau apa-apa saja masakan yang tak perlukan banyak minyak.

Yang telur rebus tu, Alhamdulillah, dari aku start 2-3 minggu lepas, tak ada lagi aku makan telur goreng dah. InshaAllah akan berterusan.

So sini aku nak sharekan sikit resipi masakan yang aku dah penah try setakat ni. Aku google 'masakan mudah dan sedap' rasanya, lepas tu muncul la satu blog yang ada resipi ni. Memang simple. so aku pun try. Ini link dia

http://duniacikguwan.blogspot.com/

Disebabkan inilah satu-satunya benda yang buat untuk 'try and error' setakat ni, jadi lepas ni post2 seterusnya aku akan bercerita pasal beberapa resipi yang aku aku dah try. kalau aku letak sekaligus semua resipi nanti tak ada modal nak tulis nanti. :p

Okeh. Masakan pertama yang aku try. -Stew Ayam-



Cikgu Wan bagi resipi untuk satu keluarga makan. Disebabkan aku makan seorang, aku dengan tak segannya tukar-tukar sikit bahan2 dan sukatan. Orang bujanglah katakan :D

Bahan2

-Dada ayam (Aku beli kat giant yang dah siap wrap tuh. Murah!)

-1 biji bawang besar potong dadu.

-1 sudu tepung gandum

-Sayur Bok Choy (Aku potong sesedap rasa je)

-1 1/2 cawan air.

- Garam (gula tak payah pun tak apa, Ikutlah tekak korang)

-Minyak

-Kentang dan Lobak Merah potong dadu atau saiz beso sikit.


Cara masak

- Mula2 panaskan periuk dengan sesudu minyak dah cukup.

-Masukkan bawang besar dan biar sampai naik baunya

-Letakkan sesudu tepung gandum tadi dan mesti kacau sentiasa supaya tepung masak dan tak melekat.

-Masukkan ayam, jangan lama sangat sebab nanti nak biar dia masak lama sikit.

-Lepas tu masukkan air.

-Masukkan sekali kentang dan lobak tadi. Bok choy boleh dimasuk sekali atau dimasuk lewat sikit. Sebab sayur tak payah masak lama pun tak apa kan.

-Campak sikit garam dan gula(kalau nak)

-Kecilkan sikit api dan tunggu sampai kuah dia memekat atau hampir tinggal separuh.

-Tips sikit, kalau macam aku suka kuah pekat. Jadi aku masak lama sikit dengan api kecil. Kalau tak nak isi2 stew tu terlalu lembut sebab masak lama sangat. Angkat isi2 dia dulu letak dalam mangkuk. Lepas kuah dah pekat, tuang je atas isi stew tu. :D

Dah siap!!! Boleh makan dengan nasi. SEDAP!

Owh satu lagi, yang bende2 cekelat korang nampak atas dia tuh bawang goreng dari magi goreng sebenarnya. Aku jumpa kat dapur (member punya). Aku pun campak sekali bagi ada rasa rangup skit.

Resipi ni aku improvise sikit. Yalah aku campak je bahan2 apa yang ada. Asalkan boleh dimakan. Nama pun stew kan. Maksud aku sayur2 tu bolehlah kalau korang nak tukar dengan sayur apa2. Jangan dicampak bahan yang mengarut sudah.


Kepada orang2 bujang diluar sana. Jom try resipi yang mudah dan sedap nih! Boleh jimat duit, jaga diet dan boleh juga belajar masak. Boleh juga rasa bangga sikit bila beritahu orang kita boleh masak. :P